APAKAH RESIKO FOREX

APAKAH RESIKO FOREX

Assalamulaikum dan selamat sejahtera trader…Setiap perkara yang kita lakukan dan putuskan semuanya berkaitan dengan resiko dan ganjaran,begitu juga dalam forex.Perkara ini memang telah diketahui oleh trader dan perlu didedahkan kepada bakal trader supaya bersedia menghadapi dan belajar menghadapi serta berlatih menguruskan resiko dan ganjaran.Dalam bab ini saya akan menerangkan beberapa perkara yang perlu ditempuhi dan diharungi oleh trader.

Forex ada untung dan rugi-Seperti orang berniaga adalah menjadi adat berniaga ada kalanya untung dan ada masa kita mengalami kerugian.Apabila kita mengetahui perkara ini kita kan cuba belajar menguruskannya dengan kaedah yang betul dan berkesan.Sebagai contoh ketika kita dalam posisi untung,kita membuat pengeluaran modal sedikit demi sedikit untung mengurangkan resiko modal,sampai kepada satu masa kita trade menggunakan modal dari keuntungan sahaja dan ini dapat mengurang resiko beremosi ketika trade.Apabila dalam posisi kerugian pula cuba kurangkan kerugian dengan menutup oder atau meletakkan stop loss.Jika anda bertanya kepada saya apakah cara saya untuk mengelakkan kerugian yang besar jika terpengaruh atau tidak dapat kawal emosi.Maka saya akan meminta anda untuk menukar leverage kepada lebih kecil.Contoh jika sekarang menggunalkan laverage 1:1000 maka nya anda perlu menukar kepada 1:500 untuk mengurang separuh resiko anda terlebih entry.Kita juga boleh pelajari pelbagai kaedah lain daripada orang yang lebih arif dan berpengalaman dunia forex trading.

Forex juga memerlukan pengorbanan masa dan minat-Bidang ini bukanlah menjanjikan bulan dan bintang kepada yang menceburinya tetapi boleh dikatakan jika dapat menguasainya maka tidak mustahil boleh menjadi jutawan setanding dengan jutawan yang kaya dengan berniaga.Ia juga memerlukan masa dan minat yang mendalam untuk membentuk jatidiri yang kental,dengan belajar mengharungi jatuh bangun dan susah payah dalam dunia trading forex kita akan menjadi trader yang berjaya suatu masa nanti.

Belajar analisa dan kawal emosi-Trading forex atau saham memerlukan kita belajar analisa teknikal dan fundamental,kita juga perlu belajar dan berlatih menguruskan emosi.Ini adalah kerana dalam dunia trading forex kita hanya memerlukan 30 peratus skill analisa dan selebihnya adalah cara kita menguruskan emosi.Ini bermakna selepas berjaya dalam membuat analisa teknikal dan fundamental kita perlu juga berjaya mengawal emosi ketika trading.Dan inilah dugaan yang terbesar dan perlu di tempuh,dipelajari dan dikawal untuk menjadi trader yang berjaya.

Forex bukan skim cepat kaya,ia adalah pelaburan jangka panjang-Forex adalah perniagaan matawang yang memperdagangkan pelbagai matawang dunia.Makanya bidang yang dipilih ini adalah dalam kategori profesional kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi disamping memerlukan bimbingan sehingga menjadi pedagang yang benar-benar arif dalam bidangnya.Sekian,berjumpa lagi dibahagian selanjutnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *